Contoh perlawanan sebenar.
Saturday 10 December 2011
Friday 9 December 2011
Tatacara Permainan
Kemahiran Asas Permainan Bola Tampar.
1.Hantaran.
2.Servis
3.Merejam
4.Mengadang
Hantaran Bola
Merejam
1.Hantaran.
2.Servis
3.Merejam
4.Mengadang
Hantaran Bola
Semasa sesi permainan , hantaran bola boleh dilakukan dari bawah tangan ( under arm ) atau dari atas kepala ( over head )
Posisi pemain , posisi bola dan kelajuannya akan menentukan jenis hantaran yang akan dilakukan oleh pemain .
Teknik servis atas kepala lebih diminati dan sering digunakan oleh ramai pemain . Pemain yang menggunakan teknik servis atas ialah bola tidak mudah tersangkut di jaring jika dibandingkan dengan teknik servis bawah . Ini kerana servis atas memerlukan tenaga yang lebih , kuat dan tinggi
Merejam
Pemain menggunakan kemahiran / teknik merejam untuk mendapatkan mata / skor dengan menggunakan pukulan smash ke dalam gelanggang kawasan pihak lawan . Pemain perlu sentiasa bersedia , berdiri berdekatan jaring dan menghadap ke arah bola yang dihantar oleh rakan sepasukan .
Sewaktu bola menjunam turun , pemain perlu melompat tinggi ke udara dan menghayunkan tangan ke atas untuk memukul bola masuk ke arah gelanggang pihak lawan . Jika dalam permaina badminton , pergerakan ini dinamakan smash . Jika bola tidak dapat ditangkis oleh pemain pasukan lawan dan bola berjaya menjejak ke lantai , mata akan diperoleh oleh pasukan lawan .
Menghadang
Teknik ini dilakukan semasa menentang rejaman ( smesy ) oleh pihak lawan . Pemain yang melakukan hadangan yang berkesan membolehkan bola mati dalam gelanggang pihak yang melakukan rejaman ( smesy ).
Pemain yang menyentuh jaring dikira sebagai satu kesalahan. Berikut adalah teknik rejaman yang boleh dilakukan oleh pemain :-
(a) melonjak kedua-dua belah kaki , tangan dihulurkan ke atas ;
(b) bahagian lengan dan tapak tangan condong ke sebelah pihak lawan .
Pengenalan
Bola tampar merupakan satu sukan Olimpik di mana dua pasukan yang dipisahkan oleh satu jaring tinggi menggunakan tangan atau (jarang) bahagian badan lain untuk memukul atau menampar sebiji bola melangkaui jaring kepada lawan. Setiap pasukan yang mempunyai enam pemain dibenarkan memukul bola tersebut tiga kali berturut-turut. Mata dikira apabila bola jatuh ke dalam gelanggang lawan, lawan melakukan kesalahan atau lawan gagal mengembalikan bola dengan betul.
Bola tampar merupakan satu sukan aktif. Disebabkan banyak serangan memerlukan pemain menyentuh bola di atas jaring, kebolehan melompat ditekankan dalam permainan ini.
Sukan bola tampar di Malaysia bermula sekitar tahun 1920-an di Pulau Pinang. Ia dipopularkan oleh pelajar-pelajar yang baru pulang daripada Universiti Chi-Nan, Shanfhai, sebelum berkembang di Selangor dan negeri-negeri lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)