1.Hantaran.
2.Servis
3.Merejam
4.Mengadang
Hantaran Bola
Semasa sesi permainan , hantaran bola boleh dilakukan dari bawah tangan ( under arm ) atau dari atas kepala ( over head )
Posisi pemain , posisi bola dan kelajuannya akan menentukan jenis hantaran yang akan dilakukan oleh pemain .
Teknik servis atas kepala lebih diminati dan sering digunakan oleh ramai pemain . Pemain yang menggunakan teknik servis atas ialah bola tidak mudah tersangkut di jaring jika dibandingkan dengan teknik servis bawah . Ini kerana servis atas memerlukan tenaga yang lebih , kuat dan tinggi
Merejam
Pemain menggunakan kemahiran / teknik merejam untuk mendapatkan mata / skor dengan menggunakan pukulan smash ke dalam gelanggang kawasan pihak lawan . Pemain perlu sentiasa bersedia , berdiri berdekatan jaring dan menghadap ke arah bola yang dihantar oleh rakan sepasukan .
Sewaktu bola menjunam turun , pemain perlu melompat tinggi ke udara dan menghayunkan tangan ke atas untuk memukul bola masuk ke arah gelanggang pihak lawan . Jika dalam permaina badminton , pergerakan ini dinamakan smash . Jika bola tidak dapat ditangkis oleh pemain pasukan lawan dan bola berjaya menjejak ke lantai , mata akan diperoleh oleh pasukan lawan .
Menghadang
Teknik ini dilakukan semasa menentang rejaman ( smesy ) oleh pihak lawan . Pemain yang melakukan hadangan yang berkesan membolehkan bola mati dalam gelanggang pihak yang melakukan rejaman ( smesy ).
Pemain yang menyentuh jaring dikira sebagai satu kesalahan. Berikut adalah teknik rejaman yang boleh dilakukan oleh pemain :-
(a) melonjak kedua-dua belah kaki , tangan dihulurkan ke atas ;
(b) bahagian lengan dan tapak tangan condong ke sebelah pihak lawan .
No comments:
Post a Comment